Tersedar dari lamunan hidup setelah berpuluh tahun hidup sebagai hamba abdi.

Aku lahir pada zaman selepas merdeka disebuah kampung, semua sudah tersedia, makanan, pakaian , pelajaran, sekolah yg telah sedia ada walaupun tidak mewah. Perlahan-lahan membesar hingga dewasa mempunyai pekerjaan, ada kenderaan, dengan pekerjaan yang baik mampu membeli sebuah rumah berharga RM156,000.00 dengan mendapat pinjaman bank sebanyak RM124,000.00 dalam skim Al Baitbitamin Ajil. Sepuluh tahun selepas itu aku ingin menjualnya semula, satu kejutan yang amat besar bagiku iaitu jumlah yang perlu aku bayar sebagai penyelesaian adalah RM190,000.00. Apabila dicongak semula secara mudah, ini bermakna aku telah membayar sebanyak RM960.00 sebulan selama 10 tahun RM115,200.00 secara percuma kepada bank sebagai keuntungan bank. banyak persoalan timbul dalam benakku.

  • Aku bekerja selama 10 tahun satu pertiga gaji diterus diberikan kepada bank…..
  • Al Bait bitaman Ajil skim pembiayaan Islam? Tapi terlalu besar keuntungan bank…bukankah ini satu penginayaan atas nama Islam
  • Pinjaman pembelian kenderaan juga mengikat aku menjadi hamba kepada bank selama 5 tahun akhirnya aset aku bernilai 20% daripada harga belian.
  • Betulkah selama ini aku seorang yang bebas?
  • Betulkan Malaysia ini sebuah negara yang merdeka dari segi ekonomi?
  • Benarkan sistem kewangan dunia ini bebas kepada seluruh manusia?

Semua ini akan aku cari jawapannya….sebab jika aku terusan begini aku akan menghabiskan seluruh hidup aku sebagai hamba .